APM tumpaskan sang bedal seberat 150 kilogram

APM tumpaskan sang bedal seberat 150 kilogram

BUAYA yang ditemukan di tepi parit Taman Residen Prima, Kinarut berjaya ditangkap oleh anggota APM.-IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menumpaskan sang bedal dengan berat 150 kilogram sepanjang empat meter yang ditemukan di tepi parit tapak pembinaan Taman Residen Prima, Kinarut, Papar dekat sini hari ini.

Kehadiran buaya itu disedari oleh seorang pengguna individu yang lalu di kawasan tapak pembinaan berkenaan sebelum dilaporkan kepada APM.

Pengadu bimbang kehadiran buaya itu akan membahayakan keselamatan penduduk taman dan  pekerja tapak pembinaan.

Jurucakap APM berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan buaya itu pada pukul 8.15 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat seekor buaya berada di tepi parit tapak pembinaan tersebut.

Anggota bertindak menangkap buaya tersebut menggunakan peralatan yang ada dan membawa buaya berkenaan untuk diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut.

Operasi tangkapan selesai pada pukul 9.40 pagi. UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN