Anggota Bomba berjaya pujuk wanita cuba bunuh diri

Anggota Bomba berjaya pujuk wanita cuba bunuh diri

ANGGOTA penyelamat dan orang ramai disekitar berusaha memujuk wanita berkenaan yang cuba terjun dari luar tingkap tingkat tiga bangunan di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Seorang wanita melupakan niat untuk bunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di Medan Central di sini selepas makan pujukan ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dalam kejadian lebih kurang 12.40 tengah hari itu, wanita tersebut yang berumur dalam lingkungan 29 tahun berdiri di luar tingkap tingkat tiga bangunan tersebut.

“Mangsa cuba ingin membunuh diri dengan terjun dari tempat tersebut

“Pasukan Bomba berjaya memujuk wanita tersebut dan seterusnya diselamatkan oleh pihak Bomba,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mangsa, katanya telah diserahkan kepada pasukan kesihatan dan pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Yang turut berada di tempat kejadian ialah tujuh anggota polis, anggota kesihatan dan Angkatan Pertahanan Malaysia. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN