Anggota Bomba ambil masa sejam padamkan kebakaran sampah

Anggota bomba ambil masa sejam padamkan kebakaran tapak pelupusan sampah

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api di kawasan perlupusan sampah sarap, di Jalan Entabai Julau di sini pada malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANGOR: Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor mengambil masa lebih sejam memadamkan kebakaran tapak pelupusan yang dipercayai sengaja dibakar individu tidak bertanggungjawab di Jalan Entabai, Julau di sini pada malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 malam itu melibatkan kawasan seluas 0.01 hektar. 

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.01 malam. 

“Sepasukan lima anggota bersama pegawai dari balai bomba dan penyelamat Bintangor kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba setengah jam kemudian. 

“Setibanya di lokasi, pasukan anggota mendapati kebakaran melibatkan longgokan sampah besar di kawasan pelupusan berkenaan,” katanya. 

Ujar Nicholas lagi, pihaknya berdepan kesukaran apabila terpaksa melalui laluan sempit untuk ke tapak kejadian selain melakukan pemadaman dengan hanya menggunakan sumber air daripada tangki jentera. 

Hasil siasatan awal katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada kegiatan individu yang mencari besi buruk di kawasan terbabit.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan perkara sedemikian yang dikhuatiri boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN