Akauntan wanita rugi RM48,445 ditipu rakan sendiri

Akauntan wanita rugi RM48,445 ditipu rakan sendiri

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Seorang akauntan wanita kerugian RM48,445 selepas ditipu rakan sendiri menerusi aplikasi dalam talian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata penipuan itu bermula apabila mangsa berusia 30 tahun berjumpa dengan rakannya di Jalan Merdeka di sini pada 24 Februari lalu.

“Rakan mangsa memberitahu bahawa dia berminat untuk membeli perabot dari sebuah kedai yang telah diiklankan di media sosial Facebook.

“Susulan itu, rakannya yang juga suspek meminta mangsa membantunya membayar perabot terlebih dahulu dan menyuruh mangsa untuk memuat turun aplikasi android kedai itu menggunakan telefon bimbitnya,” katanya.

Ujarnya lagi, mangsa kemudiannya diminta untuk membuat pembayaran RM10 untuk yuran pendaftaran selepas memuat turun aplikasi itu.

“Dalam proses pendaftaran itu, pengadu telah mengisi butiran perbankannya termasuk butiran kad kreditnya dari tiga buah bank berbeza.

“Bagaimanapun, pada jam 6.15 petang pada hari yang sama, mangsa telah menerima pesanan ringkas daripada ketiga-tiga bank berkenaan yang menyatakan terdapat empat kali transaksi  pengeluaran wang berjumlah RM26,449 ke akaun bank atas nama yang tidak dikenali dan sejumlah RM21,996 telah digunakan untuk pembelian dalam talian menerusi tambah nilai shopee top up”, katanya.

Menyedari dirinya telah ditipu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu dan kini kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN