edar Utusan Malaysia percuma

Akademi Memandu Padang Terap edar Utusan Malaysia percuma

TENAGA pengajar Akademi Memandu Padang Terap, Aminuddin Said (kiri) mengedarkan akhbar Utusan Malaysia kepada calon-calon memandu di pusat memandu itu di Kubang Kenyeng, Kuala Nerang hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Akademi Memandu Padang Terap Sdn. Bhd. di Kubang Kenyeng, Naka di sini mengedarkan 500 naskhah akhbar Utusan Malaysia secara percuma kepada calon-calon latihan di institut memandu itu hari ini.

Pihak pengurusan institut memandu itu tidak ketinggalan mengedarkan akhbar itu kepada penduduk dan peniaga di sekitar pekan Naka dan Kuala nerang di sini.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Omar berkata, usaha yang diambil oleh institut itu merupakan tanda sokongan kepada Utusan Malaysia yang merupakan medium yang berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Masyarakat di daerah ini yang terletak di kawasan luar bandar perlu disampaikan maklumat yang tepat berhubung isu-isu tempatan dan luar negara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.  

Akademi itu yang beroperasi sejak 2011 merupakan antara institut memandu terbaik di Malaysia selepas menerima dua kali anugerah gred lima bintang oleh Kementerian Pengangkutan iaitu pada 2017 dan 2020.

Sehingga kini, institut memandu itu telah memberi perkhidmatan kepada lebih 30,000 pemandu di negeri ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN