50 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

50 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran

KEBAKARAN rumah setinggan di Kampung Landung Ayang, Kudat petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUDAT: Kira-kira 50 buah rumah setinggan di perkampungan atas air di Kampung Landung Ayang musnah dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dianggarkan 50 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.26 petang dan sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati sebahagian rumah di perkampungan atas air itu telah musnah terbakar.

Operasi pemadaman turut dibantu oleh pasukan bomba dari BBP Kota Marudu.

Sehingga 7 malam tadi, operasi pemadaman masih giat dijalankan dan setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN