146,486 laporan kawalan mutu air minuman diserah kepada KKM

146,486 laporan kawalan mutu air minuman diserah kepada KKM

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 146,486 laporan pemantauan Program Pengawasan Kawalan Mutu Air Minuman Kebangsaan (KMAM) oleh Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia) diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang tahun lalu. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, laporan itu diperoleh dari seluruh negara bagi tempoh  4 Januari hingga 31 Disember tahun lepas. 

Beliau berkata, berdasarkan rekod, Kimia Malaysia yang beribu pejabat di Petaling Jaya mengeluarkan 34,101 laporan diikuti Johor (22,282), Perak (15,702), Kuching (10,782), Sibu (9,740), Pahang (9,714) dan Kelantan (8,680).

“Laporan yang dikeluarkan itu merangkumi analisis air mikrobiologi dan analisis air kimia di mana keputusan analisis perlu bagi memastikan air minuman yang dibekalkan kepada rakyat adalah selamat dan bebas dari penyakit bawaan air. 

“Ia penting bagi memastikan air yang dibekalkan kepada rakyat tidak boleh membahayakan kesihatan manakala, kandungan bakteria dan kimia pula mestilah mematuhi piawaian yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Katanya, laporan yang dikeluarkan penting untuk kerajaan khususnya KKM bagi usaha meningkatkan taraf kesihatan orang ramai selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN