Warga emas ringan tulang bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

Warga emas ringan tulang bantu mangsa banjir

HARUN Hashim dan Jamil Nasir Manah (kiri) membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Kuala Langat, semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Cari pahala de­ngan bantu mangsa banjir buat ‘bekalan’ akhirat.

Itu yang dilakukan dua sahabat warga emas bersama-sama mencari mangsa banjir yang tinggal bersendirian sambil me­lakukan kerja pembaikan tanpa bayaran.

Harun Hashim dan Jamil Nasir Manah, masing-masing berusia 64 tahun dari Shah Alam, Selangor menyifatkan warga emas bukan penghalang untuk berbakti kepada masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditemui rumah mangsa banjir di Kampung Labohan Dagang di sini, kedua-dua sahabat tersebut sedang membaiki pintu yang rosak.

Harun yang juga bapa kepada empat anak berkata, mereka memilih rumah mangsa banjir terdiri daripada warga emas yang tinggal seorang diri seperti ibu tunggal atau bapa tunggal.

“Apa yang kami lakukan ini adalah secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Untuk rumah ini, kita baiki beberapa pintu memandangkan sudah rosak terendam banjir.

“Kami tidaklah sekuat sukarelawan muda dan kami mela­kukannya ikut kudrat serta kemampuan. Kita buat ini untuk mencari bekalan pahala di kubur dan akhirat kelak, maklumlah kami pun sudah berusia,” katanya yang mempunyai lapan cucu.

Dalam pada itu, Jamil berkata, sebagai pesara, kehidupan ha­rian mereka banyak dihabiskan bersama keluarga selain aktiviti kemasyarakatan di komuniti setempat.

“Orang macam kami ini, duduk rumah saja melayan cucu. Ada masa bosan juga di rumah, jadi kita cari kerja-kerja amal sebagai bekalan pahala di akhirat.

“Apabila berlaku banjir ini, kami mengambil keputusan membantu mangsa dengan melakukan kerja pembaikan mengikut kemampuan kami,” ujarnya yang mempunyai masing-ma­sing dua anak dan cucu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×