[VIDEO] : Wan Azizah tiba di Bukit Aman - Utusan Malaysia

[VIDEO] : Wan Azizah tiba di Bukit Aman

KENDERAAN yang membawa Wan Azizah Azizah dan Nurul Izzah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 3.25 petang bagi diambil keterangan. 

Beliau tiba menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai ditemani peguamnya. 

Turut kelihatan anaknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

KENDERAAN yang membawa Wan Azizah bersama-sama anaknya Nurul Izzah tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Antara wakil rakyat dilihat hadir bersolidariti ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan mengesahkan  Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan ke atas buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang ditulis Tommy.

“Ya betul.. Ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan, pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy dalam bukunya itu, mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Disember lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik berkata, pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat  siasatan awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Menerusi tulisannya juga,Tommy mendakwa, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad campur tangan dan berkeras ingin menjadi Perdana Menteri sementara selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Wan Azizah menyandang jawatan itu.

Tommy menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun tahun lalu, namun, menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta fitnah.

Berikutan itu, polis menerima lebih 100 laporan terhadap Tommy berhubung penerbitan buku berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya