Video budak di luar balkoni bukan didera, hanya nak tengok kolam - Utusan Malaysia

Video budak di luar balkoni bukan didera, hanya nak tengok kolam

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan budak perempuan yang dilihat keluar dari  balkoni di Bukit Jalil dekat sini akibat didera  tidak benar sebaliknya kanak-kanak itu  mahu melihat kolam mandi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, ini berikutan polis menerima laporan kejadian yang tular itu pada pukul 4 petang, semalam.

Menurut beliau, susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Kuala Lumpur menjalankan siasatan berkaitan video berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berusia lima tahun itu pergi ke rumah neneknya yang juga di lokasi kejadian bersama keluarganya untuk membuat persiapan majlis perkahwinan ibu saudaranya.

“Bapa kanak-kanak itu memaklumkan mangsa seorang yang hyperaktif. Ketika kejadian, mangsa keluar dari balkoni rumah terbabit kerana mahu melihat kolam mandi yang berada di tingkat bawah kondominium berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Saiful Annuar, selepas kira-kira tiga minit, ibu bapa kanak-kanak berkenaan berjaya memujuknya untuk masuk semula ke dalam kondominium.

Jelasnya, pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan informasi daripada sumber tidak sahih dan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN