UEM Sunrise rasmi pembukaan pameran KAIA Heights - Utusan Malaysia

UEM Sunrise rasmi pembukaan pameran KAIA Heights

LAKARAN artis projek KAIA Heights yang dibangunkan oleh UEM Sunrise.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia telah merasmikan pembukaan pameran KAIA Heights dengan menampilkan kediaman bertingkat atas bukit yang eksklusif di Equine Park, Seri Kembangan.

Lokasi tersebut dikelilingi keindahan alam semula jadi terpelihara yang lapang, landskap pelbagai generasi dan kemudahan-kemudahan lain yang menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, KAIA Heights direka untuk menginspirasikan pengalaman hidup yang ceria dengan keinginan untuk menyediakan ruang tempat kepada penduduk untuk mencari kualiti hidup yang lebih baik bagi diri serta ahli keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembangunan yang berkonsep kekeluargaan itu dibina dengan pelbagai ruangan serba hijau dan kemudahan rekreasi berintegrasi yang menyediakan landasan untuk gaya hidup aktif di samping menawarkan akses mudah ke pelbagai kemudahan kesihatan, pusat pendidikan dan ruang runcit.

“Persekitaran berketumpatan rendah itu meningkatkan nilai dan daya tarikan KAIA Heights sekali gus menjadikan ia sesuai untuk para pembeli rumah kali pertama, pembeli yang ingin menaiktaraf serta pasangan muda yang berkeluarga,” katanya dalam kenyataan sempena majlis perasmian itu, semalam.

Ujarnya, UEM Sunrise memahami keperluan sebuah masyarakat yang terangkum, oleh itu, kemudahan rekreasi tersebut bersifat berbilang generasi untuk membuatkan ia lebih menarik bagi warga emas dan turut memperluaskan keupayaan untuk menjana ruang yang selamat dan selesa buat generasi keluarga akan datang.

Fasa pertama pembangunan itu dijangka siap pada suku pertama 2025. Pembangunan secara keseluruhannya akan menempatkan sekitar 924 unit dengan purata 48 unit setiap ekar.

Terletak di puncak bukit yang dikelilingi Persiaran Equine Pardana dan Jalan Equine, setiap unit dalam pembangunan 19.24 ekar itu mempunyai pemandangan tanpa halangan yang menghadap sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Jalil, atau Hutan Simpan Ayer Hitam yang mengagumkan.

Dikelilingi oleh kehijauan semula jadi, KAIA Heights menyediakan lapangan alam semula jadi yang terpelihara seluas enam ekar dan landskap berukuran lapan ekar serta kemudahan yang memenuhi keperluan keluarga pelbagai generasi yang ingin mencari ketenangan hidup.

Selain mempunyai kemudahan membeli belah seperti AEON Mall Taman Equine atau Giant Seri Kembangan, KAIA Heights juga berdekatan dengan lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), serta Lebuh Raya Bukit Jalil.

Terhad kepada 10 unit setiap tingkat, KAIA Heights yang berketumpatan rendah dibina dalam dua fasa pembangunan di mana setiap fasa terdiri daripada dua menara, yang menempatkan lebih kurang 30 tingkat bagi setiap unit.

Dengan harga permulaan RM567,800, purata keluasan untuk setiap unit adalah antara 972 hingga 1,437 kaki persegi bagi fasa pertama, dengan beberapa unit dilengkapi dengan ruang tambahan yang boleh diubahsuai kepada pejabat rumah, gim mini atau kawasan permainan kanak-kanak.

Lebih menarik, KAIA Heights kini mendapat pensijilan perak Green-RE. Ia menggunakan bahan tidak toksik, beretika dan mampan serta menggunakan air hujan untuk pengairan.

Pembangunan tersebut juga memulihara hampir 40 peratus daripada perhutanan di sekitar kawasan, menggunakan kompos yang dikitar semula daripada sisa hortikultur, dan direka bentuk tanpa telaga udara untuk pengudaraan yang lebih baik.

Bagi yang berminat, boleh menghubungi talian 1800-88-8008 untuk membuat temujanji bagi melihat unit pameran di KAIA Heights di Equine Park, Seri Kembangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×