Tangguhkan kemasukan pekerja asing Bangladesh - Utusan Malaysia

Tangguhkan kemasukan pekerja asing Bangladesh

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hassim (depan dua kanan) dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi (dua kiri) menunjukkan rmemorandum bantahan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menangguhkan proses membawa pekerja asing ke Malaysia dan memberikan keutamaan kepada rakyat Malaysia di dalam Sektor 3D di perkarangan Kementerian Blok D, Putrajaya pada 7 Januari 2022. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA PEMEBRITA : HUSNI (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) diminta menangguhkan sementara keputusan proses pengambilan pekerja asing dari Bangladesh sehingga kajian tepat dikeluarkan berhubung jumlah sebenar pekerja asing diperlukan di negara ini. 

Gesaan itu dikeluarkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan) yang berpandangan adalah tidak wajar membawa masuk pekerja asing sedangkan negara sedang berdepan lambakan warga asing.  

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hassim berkata, kerajaan sepatutnya perlu mendahulukan pekerja tempatan kerana kadar pengangguran masih tinggi. 

“Justeru, satu kajian lebih menyeluruh dan terperinci perlu dijalankan sebelum pengambilan pekerja asing ini bermula. 

“Kami juga mahu KSM memberikan peluang dan keutamaan pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang masih menganggur atau kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. 

Menurut beliau, pihaknya juga mencadangkan kementerian supaya menaikkan kadar gaji minimum bagi sektor kotor, bahaya dan sukar (3D) antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan bagi menarik minat pekerja tempatan. 

Selain itu, Hishamuddin berkata,  kerajaan juga digesa memberikan insentif cukai kepada majikan yang menggajikan pekerja tempatan dalam sektor 3D sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. 

Sementara itu, Pengerusi Semboyan, Yusof Azmi berkata, beliau tidak menafikan pekerja asing banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara, namun buat masa ini kemasukan pekerja asing tidak sesuai.

Justeru, beliau bersama Hishamuddin akan  bertemu dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan pada Selasa depan bagi membincangkan isu ini secara terperinci. 

Terdahulu, MHO dan Semboyan menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Penolonng Setiausaha (Bahagian Dasar) KSM, Dr. Harris Gani. 

Kabinet pada awal Disember tahun lalu bersetuju menandatangani suatu memorandum persefahaman (MoU) bersama Bangladesh untuk pengambilan pekerja warga asing untuk bekerja di Malaysia berkuat kuasa selama lima tahun sehingga Disember 2026.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN