SERI KEMBANGAN : Sebanyak17 deretan kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana di sini diarahkan untuk dikosongkan sementara waktu susulan kejadian tanah mendap di kawasan berkenaan semalam.
Pengosongan ini dilakukan susulan terdapat pergerakan tanah yang masih aktif dalam jarak 150 meter kawasan terjejas.
Ketua Polis Daerah Serdang, A. Anbalagan berkata, kerja-kerja menanam besi cerucuk setinggi 12 meter sedang giat dilakukan bagi menghentikan sebarang pergerakan tanah.
Kata beliau, pihak MBSJ telah melantik kontraktor untuk langkah awalan memasang cerucuk besi setinggi 12 kaki bersamaan tiga meter di tebing bagi mengelakkan berlaku tanah runtuh lagi.
“Pada peringkat awal ini, besi cerucuk akan digunakan bagi menyokong tebing
yang terjejas dan kerja pembaik pulih telah diaktifkan sejak pukul 2 pagi tadi dan proses berkenaan masih berjalan ketika ini.
“Semua premis perniagaan di kawasan ini perlu diberhentikan sementara waktu bagi memastikan agar kawasan terbabit benar-benar selamat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam. -UTUSAN ONLINE