Squad Warga Prihatin, Terra Pong Food Relief bantu mangsa banjir di Temerloh - Utusan Malaysia

Squad Warga Prihatin, Terra Pong Food Relief bantu mangsa banjir di Temerloh

SUKARELAWAN Squad Warga Prihatin dan NGO Terra Pong Food Relief Hulu Langat membantu membersihkan pasca banjir di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Terkesan dengan keperitan mangsa banjir di Temerloh, Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra di sini menerusi Squad Warga Prihatin bergabung bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Terra Pong Food Relief Hulu Langat membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di daerah itu.

Menurut Pengurus Projek misi itu,  Abdul Rahim Nor, fokus bantuan pembersihan itu adalah di rumah-rumah yang mana penghuninya tidak berkemampuan untuk melaksanakan sendiri memandangkan ada antara mereka  masih dalam pantang selepas bersalin.

Katanya, seramai 160 sukarelawan digerakkan terdiri dari penduduk Taman Lestari Putra dengan turut disertai warga Bangi dan Taman Dato Harun bersama-sama terlibat dalam misi berkenaan dengan menggunakan empat buah pacuan empat roda. 

“Selain tiga rumah itu, kami turut membantu membersihkan dewan orang ramai di Kampung Machang Gelap.

“Pihak kami menghadapi kesukaran untuk membantu membersihkan rumah-rumah lain kerana ada kawasan yang belum surut air,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kerjasama sebegini menunjukkan semangat #KitaJagaKita dalam menghadapi cabaran banjir yang sedang melanda tidak mengira di negeri mana kita berada.

Katanya, semangat kesukarelawan perlu dibentuk dalam setiap kumpulan masyarakat terutama dalam kawasan kejiranan demi membantu antara satu sama lain.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN