Sijil vaksin palsu: Tujuh individu bebas dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Sijil vaksin palsu: Tujuh individu bebas dengan jaminan polis

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tujuh individu termasuk seorang doktor yang ditahan berhubung kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden M. Zambri Mahmud berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan Pejabat Pendakwa Raya negeri untuk tindakan lanjut. 

Katanya, kesemua mereka yang berusia antara 35 tahun hingga 57 tahun itu sebelum ini menjalani reman dua dan tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Ia susulan laporan oleh pengadu yang mendakwa tidak menerima sijil vaksinasi Covid-19 di samping status aplikasi MySejahtera yang tidak dikemas kini walaupun pembayaran sudah dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya