Sesi persekolahan 169 murid di kawasan banjir ditangguh - Utusan Malaysia

Sesi persekolahan 169 murid di kawasan banjir ditangguh

MISTIRINE RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sesi persekolahan 169 murid di tiga sekolah yang terjejas akibat banjir ditangguhkan hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, sekolah yang terjejas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Penontomon, Pensiangan; SK Pantai Boring, Beluran dan Prasekolah SK Lago, Beaufort.

Beliau berkata, sesi persekolahan bersemuka bagi penggal tiga terpaksa ditangguhkan kerana keadaan sekolah masih dilanda banjir atau banjir baharu surut dan sedang dalam proses pembersihan.

Walau bagaimanapun, kesemua murid yang terlibat akan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bermula 10 Januari sehingga sekolah selamat dan bersih untuk sesi persekolahan bersemuka.

Mengulas lanjut katanya, secara keseluruhan terdapat 1,290 sekolah memulakan sesi persekolahan hari dan membabitkan seramai 536,226 pelajar serta 42,046 guru.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,075 adalah sekolah rendah dan 218 sekolah menengah. Ia membabitkan 320,743 murid sekolah rendah dan 215,483 pelajar sekolah menengah,” katanya.

Sekolah yang terlibat termasuk sekolah rendah kerajaan, sekolah rendah bantuan kerajaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah agama, sekolah menengah berasrama penuh, kolej vokasional dan juga sekolah sukan Malaysia.

Sementara itu, sebanyak 38 sekolah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan turut memulakan sesi persekolahan hari ini.

Ia membabitkan 7,149 murid termasuk 1,075 murid sekolah rendah dari 18 sekolah dan seramai 6,074 pelajar sekolah menengah dari 20 sekolah.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya