Rampasan dadah meningkat 103 peratus tahun lalu - Utusan Malaysia

Rampasan dadah meningkat 103 peratus tahun lalu

Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu kertas siasatan kes dadah anak VIP dikaitkan dengan Tommy Thomas dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Rampasan dadah mencatatkan peningkatan sebanyak 103 peratus pada tahun lalu berbanding tahun 2020 meskipun Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara.

Peningkatan ini dapat dilihat apabila sebanyak 27,959 kilogram dadah bernilai RM951.69 juta dirampas pada tahun lalu berbanding 13,317 kilogram dadah bernilai  RM403.45 juta pada tahun sebelumnya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan jumlah rampasan ini sekali gus mencatatkan peningkatan.

Katanya, antara jenis dadah yang dirampas melibatkan syabu, ephedrine dan ganja.

“Rampasan melibatkan syabu sebanyak 7,919 kilogram, ephedrine sebanyak 5,573 kilogram dan ganja sebanyak 3,232 kilogram.

“Seramai 119, 218 individu turut diberkas dan dikenakan hukuman Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam hantaran itu.

Pada Selasa, seramai 5,200 orang termasuk 76 remaja disyaki penagih dan tokan dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di seluruh negara sejak dari Jumaat hingga Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi bermula dari 21 hingga 23 Januari itu, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah sebanyak 212.6 kilogram dan 1,199.2 liter yang dianggarkan bernilai RM3.5 juta.

Seramai 4,987 lelaki dan 213 wanita ditahan. Daripada jumlah itu dua remaja berusia 13 tahun dan 74 remaja berusia 14 hingga 18 tahun ditahan.

Pada masa sama dalam operasi ini, sejumlah 367 sarang penagih dadah digempur dan dimusnahkan.

Ayob Khan berkata, selain itu, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 iaitu pihaknya menyita pelbagai aset sindiket dianggarkan bernilai RM2.3 juta.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya