PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 105 kes berbanding semalam, 99 kes, kenaikan 100 peratus.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun apabila merekodkan 215 kes berbanding semalam, 229 kes.
Menurut beliau, sebanyak 3,198 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 3,175 kes sekali gus diatasi kes sembuh yang mencatatkan 3,200 kes.
Kata Noor Hisham, kementerian kesihatan merekodkan lapan kluster baharu menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara meningkat kepada 6,184 kluster.
“Sebanyak 179 kluster aktif direkodkan yang terus menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 178 kluster
“Jumlah kluster tamat sebanyak 6,005 kluster berbanding semalam, 5,998 kluster,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 27 kes, berbanding semalam, 18 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,723 kes.- UTUSAN