Pelajar hidap Kanser Remaja terharu terima sumbangan - Utusan Malaysia

Pelajar hidap Kanser Remaja terharu terima sumbangan

RINA Harun (tengah) menyampaikan sumbangan peralatan dan barangan persekolahan ketika Program Back To School peringkat Titiwangsa kepada kanak-kanak penduduk PPR Parlimen Titiwangsa di Dewan Al-Akram, Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, hari ini. - -UTUSAN/AMIR KHALID 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua, Mohammad Firdaus Mohamed Zain, 14, yang menghidap Kanser Ostriosacoma atau lebih dikenali sebagai Kanser Remaja menerima sumbangan peralatan keperluan persekolahan.

Bapanya, Zain Mat taib, 61, berkata, sumbangan tersebut dapat meringankan bebannya yang hanya bekerja sendiri untuk menampung keperluan keluarga. 

“Saya dapat tahu mengenai bantuan ini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan anak saya penerima bantuan daripada kerajaan. Ketika itu, saya sangat bersyukur kerana saya fikir sekurang-kurangnya keluarga dapat jimatkan duit untuk perbelanjaan sekolah. 

“Mohammad Firdaus adalah anak tunggal dan disahkan menghidap penyakit itu pada Jun 2020. Sejak itu, kami mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung kos rawatannya pula. 

“Namun saya bersyukur, sepanjang tempoh itu, keprihatinan kerajaan tampak jelas apabila kami menerima banyak bantuan termasuk kos pembedahan Mohammad Firdaus iaitu sekitar RM49,000,” katanya di Datuk Keramat hari ini.

Dalam majlis Back To School itu, 530 murid sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan menjelang pembukaan semula sesi persekolahan pada tahun 2020.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menyampaikan kelengkapan alatan persekolahan itu bagi menyantuni anak-anak daripada golongan yang kurang berkemampuan ataupun B40.

Sementara itu, bagi Husna Izzati Darus, 11, sumbangan tersebut menambah semangatnya untuk ke sekolah dan berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang.

“Melihat ibu saya yang sangat bersyukur dengan sumbangan ini, saya tahu sumbangan ini telah meringankan beban ibubapa saya.

“Walaupun hanya seorang suri rumah, ibu saya selalu bantu ayah untuk mencari pendapatan tambahan kerana jumlah yang sedia ada tidak mencukupi. Jadi, dengan sumbangan ini, saya rasa seronok dan mahu pergi ke sekolah supaya saya dapat belajar bersungguh-sungguh”, katanya.  – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya