SEREMBAN: Mendirikan struktur papan iklan (billboard) dengan menceroboh tanah berhampiran laluan lebuh raya antara tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan segelintir syarikat pengiklanan di negara ini. Lebih mendukacitakan, struktur binaan iklan tersebut tidak pula mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) malah tidak membayar pula cukai taksiran selain tidak mendapatkan permit iklan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Mas Midyawan Yahya berkata, dalam satu operasi yang dijalankan pihaknya…