Mesyuarat khas Dewan Rakyat bincang isu banjir 20 Januari  - Utusan Malaysia

Mesyuarat khas Dewan Rakyat bincang isu banjir 20 Januari 

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat  akan diadakan pada 20 Januari ini khusus bagi mendalami isu kesusahan rakyat yang terkesan akibat bencana banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas itu diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi  membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir. 

Beliau berkata, pelaksanaan Mesyuarat Khas telah disembah maklum dan mendapat  perkenan Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mesyuarat Khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir. 

“Sesi ini juga adalah platform terbaik untuk ahli-ahli parlimen mendapat  maklum balas tentang isu banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya