MBSA tawar pengangkutan percuma buat OKU, warga emas - Utusan Malaysia

MBSA tawar pengangkutan percuma buat OKU, warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Prihatin dengan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang mahu mendapatkan rawatan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pengangkutan percuma kepada golongan tersebut.

Mereka yang memerlukan perkhidmatan itu perlu membuat tempahan boleh  seminggu awal dengan menghubungi Seksyen Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti, MBSA di talian  terus 03 55222732 atau 0355105133 sambungan 1381.

Pengangkutan disediakan ialah membawa OKU dan warga emas ke Hospital  Shah  Alam,  Klinik  Kesihatan Seksyen 7, Klinik Kesihatan Seksyen 19, Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Besar Sungai Buloh, Klinik Kesihatan Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, bagi tujuan tersebut MBSA  menyediakan tiga unit kenderaan komuniti  iaitu dua van dan satu Proton Exora.

“Kedua-dua jenis kenderaan tersebut sudah  diubah suai bagi memudahkan untuk membawa golongan OKU dan warga emas termasuk mereka yang menggunakan kerusi roda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, kenderaan komuniti tersebut juga hanya boleh memuatkan dua orang  penumpang dan seorang  pemandu, ini  kerana  ruang  bahagian kenderaan tersebut dikosongkan dan dilengkapi dengan ciri keselamatan  seperti tali pinggang bertujuan untuk memastikan kerusi roda tidak bergerak semasa kenderaan bergerak. 

Katanya, kenderaan komuniti akan beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya