SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir yang mencecah sehingga 30,000 orang menjadi satu daripada faktor kelewatan pemberian dan pengagihan bantuan di Selangor. Exco Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau memaklumkan, kelewatan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) itu disedari pihaknya berikutan proses kelulusan turut mengambil masa. “Difahamkan di Taman Sri Muda sendiri kira-kira 2,000 mangsa yang telah menerima BSB, namun, masih ramai yang belum menerima bantuan ini. “Saya dimaklumkan bahawa kerajaan…