PETALING JAYA : Kes harian Covid-19 menunjukkan penurunan dua hari berturut-turut dengan hari ini direkodkan 3,214 kes berbanding kelmarin, mencatatkan jumlah kes harian lebih 4,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,836,159 kes.
Pada Sabtu lalu, jumlah kes harian merekodkan 4,116 kes manakala semalam, 3,856 kes. -UTUSAN ONLINE










