Hati-hati pilih minyak panas buat  bayi, kanak-kanak - Utusan Malaysia

Hati-hati pilih minyak panas buat  bayi, kanak-kanak

Berhati-hati pilih minyak panas kepada bayi atau kanak-kanak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Racun Negara menasihati ibu bapa tidak menyapu minyak panas atau minyak urut kepada  bayi dan kanak-kanak  yang boleh menyebabkan keracunan. 

Pusat Racun Negara menerusi hantar di Facebook berkata, minyak panas atau minyak urut  dikhuatiri mengandungi bahan aktif metil salisilat (?????? ??????????) yang boleh memudaratkan bayi dan kanak-kanak.

Antara gejala keracunan akibat metil salisilat termasuk loya, muntah, berdengung di dalam telinga, sawan dan koma, namun ia bergantung kepada jumlah pendedahan bahan berkenaan. 

Kata Pusat Racun Negara, metil salisilat adalah bahan analgesik yang digunakan untuk mengurangkan sakit dan inflamasi pada otot dan sendi. 

“Secara farmakokinetik, bahan ini akan meresap ke dalam kulit untuk sampai ke bahagian sakit di dalam badan, malah kepekatan metil salisilat di dalam setiap produk berbeza mengikut jenis sediaan bahan ini. 

“Bagaimanapun, bahan ini tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak terutama pada bayi kerana berisiko menyebabkan keracunan pada bayi, jelas Pusat Racun Negara itu.

Katanya, hampir setiap minggu Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara menerima kes keracunan akibat metil salisilat yang melibatkan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. 

Lebih membimbangkan apabila ada  pihak yang mengambil kesempatan melariskan jualan produk mengandungi metil salisilat untuk rawatan ruam lampin pada bayi walaupun maklumat produk tidak menyatakan sedemikian. 

Jelasnya lagi, saranan seperti ini sangat berbahaya dan tidak beretika kerana jika disapu pada kulit, bahan ini akan meresap ke dalam kulit dan masuk ke dalam badan. 

“Bayangkan risiko keracunan yang mungkin berlaku jika ia disapu dua hingga tiga kali setiap hari untuk rawatan ruam bayi. 

“Jadi, jika produk berkenaan hanya sesuai untuk kegunaan orang dewasa sahaja, elakkan menggunakannya pada kanak-kanak atau bayi kerana ia boleh mengundang risiko keracunan pada golongan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya