PETALING JAYA: Aduan diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, ini kerana PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti iaitu Datuk Dr. Tawfiq Ayman melibatkan isu sama sebelum ini. Kata sumber itu, keterangan Tawfiq juga telah disahkan diambil Jabatan Siasatan…