PUTRAJAYA: Pembinaan bangunan sekolah baharu di masa hadapan perlu dilaksanakan secara bertingkat lebih tinggi berbanding maksimum tiga atau empat tingkat ketika ini terutama di bandar-bandar besar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi seperti Lembah Klang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, model struktur bangunan itu boleh ditiru sebagaimana di negara-negara maju seperti di Jepun sebagai kaedah mengatasi kekurangan tanah bagi pembinaan…










