RM500,000 bantu lancarkan PdPR di Kelantan - Utusan Malaysia

RM500,000 bantu lancarkan PdPR di Kelantan

BERANDA Masjid Mukim Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan menjadi tumpuan penuntut universiti mendapatkan capaian internet untuk mengikuti kelas PdPR. UTUSAN/TOREK SULUNG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 bagi membantu melancarkan  Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan,Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, peruntukan itu melibatkan pembelian peralatan dan peranti terkini kepada semua sekolah YIK. 

“Bantuan ini t diagihkan secara berperingkat sejak Mei lalu. YIK juga mengadakan semakan kepada semua sekolah pada Julai tahun lalu bagi memastikan murid dapat menggunakan capaian internet yang baik.

“Selain itu menerusi perbincangan kerajaan negeri dengan beberapa pihak lain, kita turut merancang untuk melancarkan satelit bagi mengatasi masalah kekangan capaian internet di negeri ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Wan Ibrahim (Pas-Semerak) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Persidangan DUN Kelantan bagaimanapun hanya berlangsung separuh hari apabila ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditentukan kemudian ekoran dua ADUN positif Covid-19.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN