Penduduk Bali sukar dapatkan bekalan air bersih - Utusan Malaysia

Penduduk Bali sukar dapatkan bekalan air bersih

MASIH banyak penduduk di Bali tidak mempunyai akses kepada bekalan air bersih. - FOTO https://theworldtravelguy.com/
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Bali merupakan pusat peranginan yang terkenal di seluruh dunia dan sering dikunjungi banyak pelancong hampir setiap hari sebelum pandemik Covid-19.

Namun, di sebalik ‘gah’ yang dicapai oleh pulau peranginan ini, masih banyak penduduknya, terutama yang tinggal di kawasan perkampungan sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Sebagai contoh, penduduk di Desa Wanagiri berdepan kesukaran untuk masak dan minum kerana tidak mempunyai bekalan air bersih, selain terletak pada kedudukan tinggi di kawasan pergunungan.

Seorang penduduk, Nyoman Widiada berkata, bagi mendapatkan air bersih, mereka perlu menggunakan mesin pengepam, namun alat itu hanya mampu mengepam air sejauh 400 meter.

“Mesin itu tidak fleksibel untuk digunakan di kawasan pergunungan, selain kami perlu berjalan kaki selama beberapa jam hanya untuk mengepam air dari danau.

“Air itu akan digunakan untuk keperluan harian, namun disebabkan perlu melalui perjalanan yang jauh serta berbahaya, ramai di antara penduduk sanggup membeli air botol untuk bekalan air bersih,” katanya.

Selain Wanagiri, terdapat lima lagi perkampungan yang turut mengalami masalah sama.

Foto dari https://theworldtravelguy.com/,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya