‘Mencipta isu tular’ adakala boleh jejas reputasi - Ruhainies - Utusan Malaysia

‘Mencipta isu tular’ adakala boleh jejas reputasi – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Ruhainies, 29, melahirkan pandangan bahawa seseorang artis itu, boleh sahaja mencipta sebarang isu untuk memastikan nama menjadi perhatian atau tular di media sosial namun ada implikasi yang mungkin harus diterima oleh mereka.

Malah, kata pelakon dengan nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehahi Zainul Ilyas ini, sesetengah isu jika kena pada caranya juga mampu menaikkan rating karya sesebuah drama atau filem yang sedang dikerjakan.

“Saya percaya, isu tular mampu menaikkan rating sesuatu drama dan akan menarik minat penonton untuk menonton.

“Namun, harus diingat, ia hanya bersifat sementara dan ketika drama itu ditayangkan sahaja.

“Ini kerana, bagi saya, ia mampu memberi kesan berpanjangan kepada artis yang terbabit dengan isu tular. Ia juga akan berterusan dan boleh memberi kesan kepada reputasi seseorang artis,” katanya.

Selain itu, menurutnya, berdasarkan pengalaman sendiri, dia juga pernah menjadi sebahagian daripada ‘kandungan tular’ sebagai strategi untuk menaikkan rating drama lakonannya.

“Ketika awal-awal berlakon dahulu, saya juga terkejut apabila kisah mengenai cinta lokasi dan sebagainya dicipta. Tapi, ternyata ia menjadi.

“Bagi saya, benda-benda begitu sedikit sebanyak membantu menaikkan rating drama. Namun, ia juga bergantung kepada rezeki,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkongsi kegembiraannya mengenai sambutan baik yang diterima menerusi drama terbaru lakonannya, Cukup Derita Itu yang mendapat garapan dan sentuhan pengarah terkenal, Along Kamaludin.

Drama tersebut kini sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya