Majoriti ahli MT UMNO mahu MN - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Majoriti ahli MT UMNO mahu MN – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong penuh kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang terjalin antara parti itu dengan Pas. 

Perkara tersebut dinyatakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali gus beliau yakin usaha rundingan kerusi dengan UMNO mampu dicapai bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).  

“Saya difahamkan majoriti ahli MT mahu bekerjasama.  

“Jadi UMNO kena ikut pemimpinlah iaitu MT bukan ikut bahagian-bahagian kerana majoriti kepemimpinan mahu bersama untuk kita bersatu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.

Semalam, Pas menerusi Muzakarah Majlis Syura ‘Ulama memutuskan untuk terus memperkasa MN dan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyatukan parti politik Islam demi kepentingan agama serta negara.

Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas juga akan melakukan rundingan kerusi antara parti Islam semaksimum mungkin bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru. 

Abdul Hadi turut mengulangi pendirian tidak mahu persaingan tiga penjuru wujud dalam kerjasama dengan MN dan PN.  

“Kita bersama dengan PN dalam PRU-15 dan kita mahu ajak UMNO sekali,” katanya. 

Semalam, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa sudah serasi dengan gagasan MN dan kerjasama baik antara UMNO-Pas itu wajar diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya