Cadang baja, dedak dan racun masuk senarai barang kawalan - Utusan Malaysia

Cadang baja, dedak dan racun masuk senarai barang kawalan

CHONG Fat Full (tengah) meninjau harga barangan keperluan asas ketika melawat Pasaraya Lotus Setia Tropika, di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor akan menghantar cadangan kepada kementerian itu untuk memasukkan beberapa barangan dalam senarai barang kawalan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. Chong Fat Full berkata, antara barangan itu ialah dedak, baja dan racun.

Katanya, perkara itu perlu dilaksanakan sebagai usaha tambahan untuk membolehkan kerajaan mengawal kenaikan harga keperluan asas di pasaran ketika ini.

“Macam kadar tukaran mata wang asing, kita tak dapat kawal, tetapi apa yang kita boleh kawal adalah barangan masuk ke negara kita, macam kos baja dan seumpamanya. 

“Buat masa ini, penguatkuasaan meliputi seluruh rantaian belum lagi sempurna sebab ada barangan di luar kawalan kerajaan, jadi kita harap beberapa barangan ini akan dimasukkan dalam senarai,” katanya selepas meninjau harga barangan keperluan asas di Setia Tropika, hari ini.

Tambah Fat Full, cadangan itu hasil mesyuarat bersama dengan KPDNHEP Johor yang turut meneliti faktor-faktor kenaikan harga barangan keperluan asas. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya