SHAH ALAM: Sejak beberapa hari lalu, balai polis seperti di Seksyen 6 dan 15 menjadi tumpuan mangsa-mangsa banjir untuk membuat laporan bagi menuntut bantuan kerajaan Selangor dan Pusat. Tinjauan tengah hari semalam mendapati, orang ramai memenuhi pintu masuk di kedua-dua balai polis tersebut sebelum mereka dibenarkan pergi ke kaunter untuk membuat laporan. Ada mangsa memberitahu, mereka datang kali ketiga selepas tidak dapat berbuat demikian ekoran terlalu ramai orang yang antaranya…










