Zizi Kirana alami kekurangan darah - Utusan Malaysia

Zizi Kirana alami kekurangan darah

ZIZI Kirana dimasukkan ke hospital selepas mengadu lemah badan, mual dan mengah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zizi Kirana telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana mengalami kekurangan darah.

Difahamkan bahawa Zizi ditahan di wad sejak enam hari lalu selepas mengadu lemah badan, mual dan mengah.

Suami penyanyi berkenaan yang juga pelakon, Yusof Bahrin bagaimanapun mengesahkan isterinya itu kini stabil.

Ekoran keadaan kesihatannya itu, Zizi juga terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan bersama idolanya, Fauziah Latiff sempena Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPH34) semalam.

Dalam pada itu, pengurus penyanyi lagi Eh itu, Farahrizan Razak menerusi Instastorynya memohon doa warganet  agar Zizi segera disembuhkan.

“Harap jasa baik semua yang membaca ini untuk mendoakan Zizi Kirana diberikan kesembuhan sepenuhnya.

“Buat masa ini, maaf sangat-sangat sebab tidak dapat memenuhi wawancara daripada mana-mana pihak.

“Insya-Allah, jika ada perkembangan lain akan saya maklumkan di sini,” tulisnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN