Skuad didik rakyat guna elektrik - Utusan Malaysia

Skuad didik rakyat guna elektrik

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan menubuhkan Skuad Keselamatan Elektrik (SKE) yang berperanan mendidik orang ramai mengenai penggunaan tenaga elektrik secara betul.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, skuad bakal ditubuhkan dalam masa terdekat itu juga diharap dapat memberi kesedaran bahawa sebarang kesilapan mengendalikan elektrik boleh membawa musibah.

“Bekalan elektrik adalah satu tenaga yang perlu diuruskan dengan cara baik supaya dapat dimanfaatkan. Sehubungan itu kita cadang untuk tubuhkan skuad khas ini di peringkat sekolah.

“Selain mendidik masyarakat berhubung penggunaan elektrik, skuad ini juga boleh memberi kesedaran dan pendedahan kepada penggunaan tenaga hidroelektrik dan solar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa terbabit dalam kebakaran yang memusnahkan beberapa buah rumah di Jalan Sultanah Zainab, di sini hari ini.

Mengulas beliau, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, skuad berkenaan juga bakal memainkan peranan penting sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) beliau sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN