Selangor rintis negeri pintar melalui PBT - Utusan Malaysia

Selangor rintis negeri pintar melalui PBT

ZAMANI Ahmad Mansor (tiga dari kiri) bersama tetamu khas menunjukkan tanda bagus pada pelancaran program Cashless Society di Wisma MBSA hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor meneruskan projek perintis pendigitalisasi menerusi pihak berkuasa tempatannya (PBT) ke arah memasuki era digital dan negeri pintar.

Hal demikian mula dilakukan di peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluaskan pendigitalisasi peringkat PBT apabila menawarkan  kemudahan pembayaran tanpa tunai  ke arah mewujudkan kehidupan masyarakat berdigital menjelang tahun 2022.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, dalam usaha menambah baik kaedah penerimaan bayaran pihaknya memperkenal aplikasi pembayaran dalam talian internet.

“Inisiatif pembayaran tanpa tunai ini menyediakan mod pembayaran secara atas talian seperti Perbankan Internet, Terminal Kad, JomPAY, SnapNPay, EPS, Kiosk dan PBTPay. 

“Bagi memastikan pelaksanaan MBSA Tanpa Tunai ini dapat berjalan dengan lancar menjelang tahun depan, pihak MBSA turut menambah beberapa inisiatif seperti menambahkan mod bayaran atas talian melalui saluran https://eps.mbsa.gov.my,”katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran program ‘Cashless Society’ tersebut di Wisma MBSA hari ini.

Beliau menambah, dengan menambah baik sistem EPS,  kaedah itu membolehkan semua bil-bil MBSA di bayar secara atas talian, menyediakan QR Code atau Biller Code di semua bil MBSA bagi memudahkan pelanggan membuat bayaran secara atas talian menggunakan aplikasi SnapNPay, JomPAY.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN