Ryzal sebak lihat Mariam tahan sakit - Utusan Malaysia

Ryzal sebak lihat Mariam tahan sakit

TANGKAP layar Ryzal Ibrahim menemani Maryam 'Duriankimchi' sebelum melahirkan anak sulung mereka di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsi perasaannya yang tidak dapat menahan rasa sebak  melihat isterinya, Maryam ‘Duriankimchi’ berdepan kontraksi  sebelum melahirkan anak sulung mereka.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagramnya, dapat dilihat wajah isterinya itu berkerut menahan sakit kontraksi sebelum melahirkan anak perempuan sulung pasangan berkenaan.

Menurut Ryzal, tiada kata yang mampu diungkapkan pengorbanan besar isteri melahirkan anak yang menanggung perasaan sebelum melahirkan.

“Seksa, sakit, perit pedih bercampur takut selama berbelas jam membuatkan saya sedar untuk lebih hargai isteri.

“Saya mohon doa Allah supaya semua suami termasuk saya menjadi pelindung yang terbaik yang hanya cinta dan setia padanya seorang.

“Kelak, biarpun wajah isteri dimamah usia namun biarkan cinta dan sayang kita setia hingga hujung nyawa,” ujarnya.

Tambahnya, pengalaman yang dilalui itu membuatkannya tidak akan tergesa-gesa untuk memperoleh anak lagi dan menanti beberapa tahun supaya isterinya dapat berehat.

“Jika dulu saya mahu dua atau tiga anak, tetapi apabila saksikan sendiri kesakitan Maryam lalui, saya hanya mampu bagitahu Maryam cukup untuk seorang dulu.

“Abang bagi sayang berehat untuk beberapa tahun, kalau dia bersedia, bagitahu. Sesungguhnya anak itu rezeki Allah,” jelasnya.

Pada 23 Oktober lepas, media melaporkan Maryam selamat melahirkan puteri sulung mereka di sebuah hospital swasta di ibu kota. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN