“Persiapan sejak awal tahun lagi” - Hatta Dolmat tampilkan koleksi mesra alam - Utusan Malaysia

“Persiapan sejak awal tahun lagi” – Hatta Dolmat tampilkan koleksi mesra alam

HATTA Dolmat memperkenalkan motif Batik lukisan tangan pertamanya di KL Fashion Week 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat menzahirkan kesyukuran selepas koleksi ala batik mesra alam berjaya dipentaskan pada acara yang dinanti, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2021).

Katanya kepada Utusan Malaysia, dia percaya, seluruh warga kerja belakang tabir KLFW telah berusaha sebaik-baiknya bagi memastikan KLFW berjalan lancar di dalam pematuhan operasi prosedur standard (SOP).

“Bagi Hatta sendiri, persiapan OCEAN’US telah dilakukan sejak awal tahun lagi namun disebabkan PKP, segala gerak kerja dihentikan.

“Tapi Hatta bersyukur, usaha sepasukan berjaya dipentaskan juga,” katanya.

Justeru itu, dia berharap dengan penghasilan koleksi berkenaan mampu membuka mata penggiat industri bahawa koleksi lestari atau mesra alam juga mampu dikembangkan mengikut peredaran arus trend semasa.

“Hasil kerjasama Hatta bersama Tourism Malaysia juga memberi ilham untuk menekankan kepada pemahaman budaya di dalam sesuatu koleksi yang dihasilkan secara mesra alam,” akhirinya terharu.

Untuk rekod industri fesyen dan pakaian tempatan secara kebiasaannya menghasilkan fabrik dengan menggunakan bahan plastik Poliester. Poliester bersifat kuat, tahan koyakan, anti remuk dan menjadikannya ideal serta sesuai untuk kegunaan harian.

Malangnya, penghasilan fabrik poliester juga memerlukan penghasilan sebanyak 60 juta tan poliester asli setiap tahun demi tekstil.

Dengan mengenal pasti punca, Hatta Dolmat dan Persatuan Pereka Muda KL (satu persatuan di bawah bidang kuasa Hatta Dolmat) bersama rakan kongsi strategik, KLOTH Cares dan Ocean Hero Conservation mengambil proses ini selangkah lebih jauh, dengan mendapatkan sumber plastik terbuang di lautan yang dikenali sebagai (Polyethylene Terephthalate atau PET ) untuk dijadikan sebagai bahan ganti bagi Poliester asli.

Dengan kaedah ini, OCEAN’US juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Tourism Malaysia untuk mencipta fabrik lestari sebagai alternatif dan sepanjang proses itu, mereka menyasarkan untuk mewujudkan hab pelancongan mampan di Malaysia. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN