PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat menyemak semula pengurusan pusat beli-belah yang dimiliki syarikat milik kerajaan (GLC) supaya diuruskan syarikat tempatan dalam memastikan peniaga-peniaga bumiputera dapat menjalankan perniagaan di situ. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana golongan bumiputera didapati masih rendah dari segi pemilikan premis perniagaan di pusat beli-belah berprestij dan lokasi-lokasi tumpuan pelancongan. Beliau berkata, walaupun ada antara pusat beli-belah dimiliki GLC, namun peniaga bumiputera masih kurang berkemampuan…










