Operasi motosikal: 10 etnik Rohingya didenda RM300 hingga RM800 - Utusan Malaysia

Operasi motosikal: 10 etnik Rohingya didenda RM300 hingga RM800

MOTOSIKAL roda tiga yang ditunggang etnik Rohingya tanpa lese dan tiada perlindungan insurans ditahan polis dalam operasi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 10 orang etnik Rohingya dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini semalam atas kesalahan tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans dan mengubah suai struktur kenderaan. 

Kesemua tertuduh lelaki berkenaan dikenakan denda antara RM300 hingga RM800 dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM7,100.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi khas motosikal roda tiga, minggu lalu.

Menurut beliau, sepanjang operasi tersebut, polis menahan 15 buah motosikal roda tiga yang  diubah suai dan ditunggang oleh warga asing etnik Rohingya. 

“Penunggang motosikal roda tiga yang ditahan tersebut  membawa barang-barang lusuh untuk dijual di kedai kitar semula. Mereka juga menunggang secara bahaya serta mengganggu pengguna jalan raya lain,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Kesemua 15 buah motosikal roda tiga turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN