Kunjungan hormat ke atas TYT Pulang Pinang - Utusan Malaysia

Kunjungan hormat ke atas TYT Pulang Pinang

AHMAD Fuzi Abd. Razak (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mustapha Ahmad Marican di pejabatnya di Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di pejabatnya, pagi tadi.

Dalam pertemuan selama kira-kira 2 jam itu, Mustapha yang juga Profesor Adjung di Universiti Malaysia Terengganu membincangkan pelbagai isu semasa termasuk pandemik Covid-19, isu, serantau dan juga antarabangsa.

Mustapha pernah berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan termasuklah di Wisma Putra dan pernah menjadi Penasihat Ekonomi dan Ketua Eksekutif GLC Utama Negeri Terengganu

Selain itu, beliau terlibat sebagai sukarelawan selain memberi ceramah, motivasi dan kerjaya di universiti-universiti awam Malaysia bagi memberi semangat jati diri kepada para siswa. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN