Deepavali tahun ini ringkas namun lebih bermakna - Utusan Malaysia

Deepavali tahun ini ringkas namun lebih bermakna

RANI bersama suami dan anak-anak mereka menyambut Deepavali secara sederhana di PPR Gua Musang, Kelantan hari ini/ - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Suasana sambutan Deepavali bagi sebuah keluarga di sini ringkas seperti tahun lalu tetapi lebih bermakna kerana sudah dapat bertemu saudara-mara yang tinggal jauh. 

Guna Suntari, 45, atau lebih mesra dengan panggilan Rani memberitahu Utusan Malaysia, ketika sambutan tahun  lalu, mereka hanya mampu berhubung menerusi panggilan video kerana kekangan untuk merentas daerah dan negeri.

Dia dan suaminya, N. Munisamy bagaimanapun bertuah tidak terpisah dengan empat anak mereka berusia 11 hingga 22 tahun kerana keluarga tersebut tinggal bersama di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang.

Tahun ini, kata Rani, tradisi sambutan pesta cahaya itu diteruskan dengan hidangan kuih seperti maruku, aci maruku dan tosai, memakai ‘baju raya’ serta membuat hiasan lantai tradisional, kolam.

“Walaupun zaman semakin moden, kami sekeluarga masih mengamalkan tradisi masyarakat India ketika menyambut Deepavali seperti mandi minyak dan sembahyang serta bermaafan sesama sendiri.

“Tiada kolam, tiada Deepavali. Kami sekeluarga akan menyiapkan kolam secara  gotong-royong mengambil masa satu hingga dua jam menggunakan beras yang diwarnakan.

“Selain kolam, saya bersama anak perempuan memasak sendiri makanan tradisional masyarakat keturunan India seperti maruku, aci maruku dan tosai,” ujarnya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Rani berkata, dalam kegembiraan menyambut pesta cahaya bersama ahli keluarga dan jiran tetangga pelbagai kaum, mereka tetap memastikan tetamu yang datang ke rumah mematuhi norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.