92% katil hospital di Selangor sedang diguna rawat pesakit Covid-19 - Utusan Malaysia

92% katil hospital di Selangor sedang diguna rawat pesakit Covid-19

Kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan pesakit Covid-19 antara sebab angka Covid-19 tinggi di negara ini. – GAMBAR HIASAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 92 peratus atau 1,286 katil hospital di seluruh negeri ini  sedang digunakan bagi merawat pesakit wabak Covid-19 bukan kritikal manakala bagi  kapasiti penggunaan unit rawatan rapi (ICU) pula meningkat kepada 80 peratus setakat pagi ini

Bagaimanapun, daripada 80 peratus atau 203  katil  di ICU  yang digunakan,  sebanyak 42 peratus atau 86 katil digunakan untuk merawat  pesakit Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman yang memaklumkan kadar kebolehjangkitan (Rt) di Selangor meningkat kepada tahap 1.05.

“Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, jumlah kes baharu harian di Selangor sebanyak 1,300 hingga 1,500 kes, di mana 1.5 sehingga 2 peratus adalah kes kategori tiga hingga lima,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai gelombang baharu wabak Covid-19 yang dikatakan bakal berlaku pada bulan depan dan mendakwa katil di hospital di negeri ini kembali penuh.

Bagaimanapun, Dr. Sha’ari memberitahu, terdapat hospital di negeri ini masih berstatus hospital Covid-19 dan hibrid bagi merawat pesakit wabak berkenaan termasuk Hospital Shah Alam dan daerah yang Jabatan Kecemasannya turut menerima pesakit sama.

“Status hospital Selangor pada masa ini adalah Hospital Sungai Buloh kekal sebagai Hospital Full Covid-19. Hospital Hibrid pula melibatkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang; Hospital Selayang, Serdang dan Ampang.

“Hospital Shah Alam dan daerah pula merupakan hospital bukan Covid-19, namun Jabatan Kecemasannya kekal status Hybrid dan masih menerima kes-kes Covid-19,” kata beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya