PETALING JAYA: Sebanyak 5,403 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,516,255 kes.
Perkembangan itu menyaksikan berlakunya peningkatan selepas negara merekodkan kes jangkitan di bawah 5,000 kes tiga hari berturut-turut sebelum ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci kes jangkitan itu akan dimuat naik dalam laman covidnow dan dikemas kini selepas tengah malam.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman https://covidnow.moh.gov.my. Data setiap hari bagi laman itu adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook. – UTUSAN ONLINE