23 kes kanak-kanak kehilangan ibu, bapa akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

23 kes kanak-kanak kehilangan ibu, bapa akibat Covid-19

HALIMATON SAADIAH SAAD 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 23 kes kanak-kanak kehilangan ibu atau bapa akibat Covid-19 dlaporkan di seluruh negeri ini sejak Januari hingga Oktober lalu.

Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan negeri, Datuk Halimaton Saadiah Saad berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil tindakan dengan memberi bantuan ke atas kes-kes tersebut.

Menurutnya, bantuan tersebut merangkumi kewangan segera dan bakul makanan bagi memastikan kebajikan mereka terjaga selepas kehilangan ibu atau bapa mereka. 

“JKM juga memberi perkhidmatan kaunseling dan konsultasi kepada kanak-kanak terlibat bagi pengurusan emosi dan mental serta proses pengangkatan.

“Selain itu, JKM bertanggungjawab memberi penempatan kepada kanak-kanak tersebut di institusi dan pusat jagaan di bawah JKM di Taman Sinar Harapan, Jitra dan Rumah Anak Yatim Sungai Petani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2022 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Selain itu, Halimaton Saadiah memberitahu, kerajaan juga melalui JKM menyediakan bantuan sebanyak RM24.82 juta bagi tahun 2022.

Katanya, peruntukan tersebut melibatkan bantuan am bulanan, bantuan bencana, bantuan pusat aktiviti warga emas, bantuan aktiviti kanak-kanak dan rumah orang-orang tua.

“Kerajaan negeri juga tidak alpa dalam aspek kebajikan kepada keluarga yang mengurus dan menjaga pesakit terlantar diperuntukan sebanyak RM2 juta bagi tahun 2022,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya