UAE tawar pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui perjanjian bilateral

UAE tawar pekerjaan kepada rakyat Malaysia

SARAVANAN ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya, Dr. Abdulrahman Abdulmannan Al Awar di Dubai. - FOTO KSM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menawarkan kemungkinan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia di negara itu melalui perjanjian bilateral bagi golongan profesional dan pekerja berkemahiran tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu antara dibincangkan bersama rakan sejawatnya, Dr. Abdulrahman Abdulmannan Al Awar di Dubai, petang semalam. 

Menurut beliau, sehingga kini, terdapat lebih 6,000 rakyat Malaysia yang bekerja di UAE  terutamanya dalam sektor petroleum dan kesihatan. 

“Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pihak berkongsi pendapat tentang isu-isu berkaitan dengan aspek perburuhan dan  pengurusan sumber manusia. 

“Ini termasuklah pengurusan pekerja asing,  sistem pembayaran gaji yang lebih sistematik, serta pembangunan kemahiran dan sumber manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, pihak UAE juga berkongsi mengenai kaedah sistem pembayaran gaji yang dilaksanakan di negara berkenaan yang dilihat  sebagai sebuah sistemberkesan serta melindungi kepentingan pekerja  asing. 

Katanya, pelaksanaan sistem pembayaran gaji yang sistematik itu kini sedang dikaji  pihak kementerian ini dalam usaha menambah baik pengurusan pekerja  asing di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN