Tidak dijemput untuk sambutan Hari Sukan Negara 2021, Pulau Pinang tuntut penjelasan - Utusan Malaysia

Tidak dijemput untuk sambutan Hari Sukan Negara 2021, Pulau Pinang tuntut penjelasan

SOON LIP CHEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta penjelasan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengapa negeri itu tidak lagi dijemput untuk sambutan Hari Sukan Negara 2021. 

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, beliau baru-baru ini dimaklumkan sambutan Hari Sukan Negara yang akan diadakan Sabtu ini tidak lagi melibatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang; Selangor dan Negeri Sembilan. 

 

Menurutnya, beliau telah dijemput oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara 2021 pada 14 September lalu. 

 

Susulan mesyuarat tersebut juga, katanya, beliau turut dijemput mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara 2021 peringkat Pulau Pinang pada 21 September lalu untuk membincangkan penganjuran HSN 2021 dengan agensi-agensi berkaitan. 

 

“Tindakan Kementerian Belia dan Sukan ini adalah tidak selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. 

 

“Oleh itu, saya berharap Kementerian Belia dan Sukan dapat memberikan penjelasan secara rasmi berhubung isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lagi dijemput bagi sambutan HSN 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambah Lip Chee, selaku Pengerusi Belia dan Sukan Pulau Pinang, beliau sering menekankan dan mempromosikan semangat “Sukan Untuk Semua” dalam kalangan penduduk negeri itu. 

 

“Sebagaimana yang diketahui, Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat menitikberatkan aspek pembangunan sukan. 

 

“Hasilnya, banyak atlet telah mewakili negeri Pulau Pinang untuk bertanding dan berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.