Sinovac mungkin pilihan vaksin kanak-kanak 5 hingga 12 tahun - Utusan Malaysia

Sinovac mungkin pilihan vaksin kanak-kanak 5 hingga 12 tahun

VAKSIN Sinovac dikatakan menyebabkan antibodi menurun selepas enam bulan dos kedua. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia akan meneruskan pemerolehan bagi vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Twitter memaklumkan, selain Pfizer, kerajaan juga akan melihat kepada pilihan vaksin seperti Sinovac untuk pemberian kepada kumpulan tersebut. 

“Sebanyak 82.4 peratus daripada golongan remaja sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 62 peratus sudah lengkap divaksin. 

“Justeru dengan syor Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) berhubung suntikan Pfizer kepada kanak-kanak usia lima hingga 12 tahun, Malaysia akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk golongan tersebut.

 “Kita juga akan melihat pilihan lain seperti Sinovac,” katanya  hari ini. 

Terdahulu pada 26 Oktober lalu, jawatankuasa penasihat vaksin FDA mengesahkan vaksin Covid-19 Pfizer boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya