RM61 juta disalur kepada penggiat pelancongan - Utusan Malaysia

RM61 juta disalur kepada penggiat pelancongan

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengagihkan bantuan dan insentif berjumlah RM61 juta  kepada penggiat industri pelancongan di negara ini sejak awal pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan dan insentif itu digerakkan menerusi tujuh pakej bantuan yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, ia termasuk menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi (PEMERKASA) 2021, Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) 2021, Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 2021 dan Geran Khas Prihatin 2021.

“Bantuan itu dinikmati empat segmen pelancongan yang dikawal selia MOTAC  iaitu Pemandu Pelancong, Pengusahaan Pelancongan, Program Malaysia Rumah  Keduaku (MM2H) serta Spa dan pusat urut kaki.

“Bantuan diberikan secara berperingkat dan sebahagian lagi masih dalam urusan pembayaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, menurut beliau, MOTAC turut melaksanakan beberapa inisiatif berbentuk bukan kewangan kepada syarikat dan pemandu pelancong berlesen. 

Nancy berkata, antara inisiatif berkenaan termasuk pengecualian bayaran fi lesen, diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40 peratus, pelanjutan tempoh bayaran kompaun, pengecualian kompaun kepada mereka yang gagal memperbaharui lesen yang mana semua inisiatif ini dilanjutkan sehingga 31 Disember ini. 

Menurutnya, MOTAC  berharap segala bentuk bantuan dapat membantu kelangsungan hidup penggiat industri.

Terdahulu, Nancy menyempurnakan majlis penyampaian bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 yang berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah.

Majlis itu adalah kesinambungan daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan MOTAC bagi meringankan beban ditanggung penggiat industri yang terkesan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN