PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang ditolak pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) belum disenaraikan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan. Ini kerana, PH pada sidang akhbar bersama parti-parti di bawah gabungannya memutuskan untuk bertanding di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya itu tanpa mempunyai kerusi buat MUDA. Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut dibincangkan…










